Penanda koreisha
Penanda koreisha

Penanda koreisha

Penanda koreisha (高齢者マーク) merupakan simbol jingga-kuning berbentuk air mata yang tertakluk kepada Undang-undang Jalan Raya Jepun bagi menandakan "pemandu berusia yang memandu di jalan raya". Nama rasminya ialah Penanda Pemandu Berusia (高齢運転者標識, kōrei untensha hyōshiki).Peraturan menetapkan bahawa apabila seseorang berusia 70 ke atas memandu kereta dan sekiranya usia tuanya boleh menjejaskan pemanduannya, dia perlu memohon untuk mempamerkan pelekat koreisha pada bahagian hadapan dan belakang kereta. Pemandu perusia 75 ke atas diwajibkan untuk mempamerkan pelekat ini.Sebaliknya, pelekat penanda shoshinsha berwarna hijau kuning pula menandakan pemandu baru. Kedua-dua penanda ini direka bagi memberi amaran kepada pemandu lain bahawa pemandu yang ditandakan tersebut tidak berapa mahir, sama ada kerana kurang pengalaman ataupun kerana lanjut usia.

Berkaitan